Tembok di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan Abu Sahid Mohamad

Pada 7 Januari 2012, 14 hari diberikan kepada Maju Holding untuk merobohkan tembok di kawasan tanah awam, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan tembok sepanjang 2 km itu menghalang laluan untuk orang awam ke kawasan awam , Taman Tasik Selatan. Pembinaan banglo-banglo milik Abu Sahid belum mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kira-kira 200 ahli Persatuan Penduduk Bandar Tasik Selatan telah berhimpun membantah pembinaan tembok itu.[5]

Sebaliknya Abu Sahid mendakwa tanah itu adalah miliknya apabila membelinya dari pihak persendirian pada 1989. Beliau perlu menyediakan kawasan rekreasi jika membangunkan 2,033 unit pangsapuri di atas tanah itu. Namun beliau telah menukar jenis pembangunan dan memajukan tanah tersebut dengan membina lima buah banglo pada Fasa 6.[6] Terminal bas itu dikendalikan oleh Maju Tmas sejak 1 Januari , sebuah anak syarikat Maju Holding Sdn Bhd. [7]

Terminal bas enam tingkat itu menelan kos RM570 juta yang mempunyai 55 platform bas, 55 ruang bagi teksi perjalanan jauh, 1,000 ruang parkir kereta dan 1,800 tempat duduk dalam terminal yang dilengkapi pendingin hawa, akan berfungsi sebagai hab pusat bagi semua perkhidmatan bas ekspres ke selatan dan mampu menampung 45,000 pengguna sehari. Terminal TBS-BTS dihubungkan melalui Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur.